Assalamualaikum semua...
Saya ingin mengambil kesempatan ketibaan bulan mulia Ramadhan al-mubarak dengan mengucapkan Selamat Beribadah di bulan ini. Kita semua berpuasa dan bersolat tarawih secara beramai-ramai. Ini menunjukkan kepentingan beramal ibadat secara jamaah(berkumpulan).
Ibadah puasa banyak memberikan kebaikan kepada kesihatan tubuh badan kita dan juga kebaikan kepada rohani kita.Dari segi sudut perubatan, puasa dapat merehatkan system pencernaan usus kita buat sementara di siang hari.
Bayangkan selama 11 bulan perut anda bekerja tanpa henti setiap hari dan ianya pasti perlu rejuvenation dan recess. Berpuasa dapat mengingatkan kita kepada ilahi setiap masa dan rasa bersyukur dengan apa yang ada. Ianya juga dapat memberi sedikit keinsafan pada diri kita untuk mengingati mereka yang kurang bernasib baik.Semoga ibadah puasa dapat meningkat taqwa kita kepada ilahi.Berpuasa dapat mendisiplinkan kita dari segi pematuhan masa dan disiplin diri dari perbuatan yang menguragkan pahala puasa. Disiplin adalah penting dalam kehidupan ini.
Saat berbuka puasa beramai-ramai adalah saat yang amat seronok. Kegembiraan yang dirasa adalah kurniaan ilhai kepada hambaNya kerana puasa adalah ibadah untukNya. Berbuka puasa bersama keluarga dapat menguatkan ikatan ahli keluarga dan juga berbuka puasa dengan teman-teman dapat menguatkan silaturrahim sesame insan.
Akhir kata selamat berpuasa kepada semua.
Semoga puasa dapat menambah taqwa kepada ilahi.
-atouk-
Monday, August 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment